my sweetheart

Monday, July 2, 2012

Patah kaki dan tangan

Siapa dah baca metro hari nie mesti familiar dengan title my post kan? Pelik kan,apa salah baby tu sebenarnya? Apa motif pengasuh durjana tu nak buat macam tu? Apa hak dan siapa bagi kau hak nak buat kat anak orang macam tu? Seriously,I do feel bad for the family,the baby family not the nanny. Pengasuh tu patut dikenakan hukuman gantung sampai mati tak pun patahkan je kaki dengan tangan dia pulak,biar dia rasa pulak macam mana azab baby tu. Bodoh punya manusia macam tu. 

Nanti anak saya,memang tak la nak hantar pergi pengasuh ke apa ke,nak jaga sendiri je. Sanggup berhenti kerja,anak kot susah nak dapat. Bernasib baik dapat la,anak kan rezeki. Siti Nurhaliza kahwin dah berapa tahun pun tak dapat anak lagi,rezeki kan Allah SWT yang tentukan. Saya memang sanggup berkorban berhenti bekerja kalau perkara-perkara macam nie berlarutan. Walaupun ajal jodoh semua kerja Allah SWT tapi kes nie memang trauma. Anak kot,siapa tak sayang. 

Biarlah hidup susah pun nanti,pendapatan daripada satu sumber sahaja asalkan anak saya selamat membesar,tidak didera sesiapa pun. Biarlah susah,janji anak-anak selamat. Sekarang nie pengasuh yang dah kenal lama pun tak boleh percaya. Dah banyak kes-kes macam nie berlaku? Mana tindakan dari pihak yang berkenaan? Senyap je,makan gaji buta ke? Patutnya kes nie dah lama settle dan takkan berulang lagi sebab ini berkaitan dengan nyawa generasi muda kita,anak-anak kita. Bertindaklah cepat,takkan nak terkena kat anak sendiri baru nak bertindak. Dah-dah la tu tidur petang,makan gaji buta,masuk kerja pukul 9 pagi balik pukul 5 petang,makan 4 kali sehari time kerja. Tak malu ke? Gaji nak banyak tapi kerja malas nak buat.

2 comments:

ayanuts said...

hhaaiisshh..skang ni kena pikir 10 kali nk anta ank dkt pengash

amal ismail said...

although I takde anak lagi,tapi faham apa perasaan parents sekarang. bahaya and pengasuh sekarang macam berminat nak makan duit haram daripada buat kerja. entahla.. anyways,thanks for reading mine! :)