my sweetheart

Friday, June 22, 2012

I will definitely fall in love with you


Terliur tak tengok gambar atas nie? Kalau terliur,meh sini nak belanja. Well,I'm a coffee lover,everyday I drink coffee like it was my energy drink and it becomes my best friend since that day. BUT milk + coffee are more sexy,so delicious and thank you Nescafe for finally comes out with something out from the box,extraordinary. You Nescafe will be my best buddy ever!


here you can try out some new excitement game,sorry couldn't post here because I'm blogging through my office. Peace! 

Thursday, June 21, 2012

the KWSP thing is

Had umur KWSP sekarang dah meningkat,umur 60 tahun baru boleh keluarkan simpanan. Apakah ini? Habis kalau seseorang tu tak sempat hidup sampai umur dia 60 tahun,habis tak merasa la duit simpanan dia. Kenapa nak ubah had umur sampai macam tu sekali? Itu kan duit simpanan pekerja,duit kitaorang yang bekerja nie? Apa hak sesebuah organisasi tu nak maktubkan rang yang baru tanpa persetujuan semua pihak yang menyimpan? Apa hak korang,cuba bagitau aku.

FOMCA sibuk nak lanjutkan umur pengeluaran,kalau macam tu sampai umur 60 tahun baru merasa nak pakai duit simpanan KWSP nak beli rumah,nak beli kereta baru,nak ubahsuai rumah,nak pergi haji,nak melancong pusing Eropah(impian saya je nie). Tak adil okay,sebelum nie dah elok 55 tahun apasal nak lanjutkan lagi? Memang la bukan berkuatkuasa tahun nie,tapi kalau tahun depan orang yang dah genap usia 55 tahun takkan kena tunggu lagi 5 tahun umur genap 60 baru boleh keluarkan? Apa nie wey,seriously memang tak puas hati. Nak sain petition la macam nie,mana peti petition?

Tak merasa la macam nie nak guna duit simpanan masa bekerja. Katakanlah ajal dah sampai sebelum umur 60 tahun,memang saya hantuilah pegawai yang sibuk-sibuk mak ayam tu nak lanjutkan had umur. Memang saya nak merasa jugak duit jerit perih saya tu,tak adil la macam nie? Siapa nak join buat bantahan aman Bersih 5.0 pulak. Sorry Ambiga,pinjam jap 'perjuangan' adil awak ea,jangan nak kedekut sangat la. Kan sharing is caring?

So,for those who are decided in changing the KWSP age limit,please la consider orang macam saya yang langsung TAK RELA rang itu dilaksanakan. Kalau laksana jugak,memang suruh bos tak payah potong epf lagi la lepas nie,tak pun suruh accountant company simpan duit epf tu dalam akaun lain. Boleh tak buat macam tu? Nak buat jugak tak kira la kalau betul jadi 60 tahun baru boleh keluarkan duit simpanan KWSP tu,mak tak kira tau!

Wednesday, June 20, 2012

PTPTN issues

PTPTN memang jadi issue besar lately,everybody talks about it like it was the end of the world. Everybody includes my favorite blogger,Hanis Zalikha she is pretty I told ya. Okay,back to PTPTN. Saya bukanlah peminjam PTPTN tegar kerana saya adalah budak MARA tapi kenapa nak mansuhkan PTPTN actually,I don't see this langkah nak mansuhkan adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik. 

Here are my reason (NOTE : my reason not yours) :

1. Saya bukanlah dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya boleh shopping tiap-tiap hari,parents migrates to States boleh pergi class bawa Bentley sebiji ke apa,no I'm not that rich. So pinjaman pelajaran adalah sangat membantu since saya gunakan duit yang diberi PINJAM itu untuk beli buku,makan,duit tambang bas,duit fotostat nota,duit sewa rumah,duit beli makanan untuk satu bulan dan duit topup. So kalau pinjaman PTPTN dimansuhkan,dan saya misalnya bukanlah kaya sangat,macamana nak sambung belajar?

2. Free education. Pinjaman MARA saya RM36,000 untuk 6 semester. So kalau 150 orang pelajar pinjam RM36,000 = RM5,400,000. Pengetahuan umum saya mengenai keadaan ekonomi Malaysia takdela gred A++ cuma saya boleh katakan Malaysia mungkin boleh bagi pendidikan percuma cuma ianya tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. In fact,Hanis Zalikha menyatakan yang Finland bagi pendidikan percuma untuk rakyat jelatanya. Itu Finland,kita Malaysia. Kita belum mampu lagi. Pendidikan dekat sekolah rendah dan menengah free ke? Dulu rasanya bayar yuran sekolah,yuran peperiksaan,yuran PIBG,yuran koperasi la semua tu. Mungkin free pada masa sekarang,tapi rasanya yuran sekolah free tapi lain-lain yuran tak free kan? (called kakak jap nak tanya pasal yuran). Confirm wey,yuran sekolah je free yang lain-lain mak ayah tanggung lagi. Batak semua nak free korang nie kan? Seluar dalam ngan bra nak tak kalau orang bagi free? Mesti malu nak ambil kan,takut ada orang ejek.

3. Mahasiswa yang nak sangat mansuhkan PTPTN sampai sanggup buat bantahan. Boleh saya tahu sebabnya? Apa yang membuatkan korang nak sangat mansuhkan pinjaman tu sebenarnya? Taknak bayar,tak mampu bayar,mengada taknak bayar atau korang memang kacang lupakan kulit,habis madu sepah dibuang? PILIH! Kesian,masa nak pinjam memang lembut habis,cakap baik-baik pijak semut pun mati. Tapi masa nak bayar,bantahan sana sini,buat malu golongan mahasiswa sahaja. Tak tahu diuntung betul perangai macam nie. Nasib saya dah tergolong golongan bekerjaya.

4. Interest tinggi. Kepala otak semua interest tinggi,pinjam bank nak beli kereta dengan rumah tu,interest lagi tinggi la wey sampai 8%? Nie 1% je pun,ia 1% nie baru diwar-warkan tahun nie je pun tahun sebelum nie tinggi tapi melampau sangat alasan taknak bayar pinjaman sebab interest tinggi. Okay,pinjam duit mak ayah lepas nie kalau nak sambung masters sebab PTPTN interest tinggi. Kalau mak ayah tak bagi,pergi buat bantahan duduk,mogok lapar,pukul polis sana sini. Tak pun,tetak je mak ayah,sekarang nie kalau tak puas hati belasah je,jangan bagi muka langsung.

5. Tak rasa malu ke dah pinjam duit orang lepas tu taknak bayar balik? Kalau duit sendiri,RM10 pn berkira kejar sampai mati inikan beratus ribu ringgit macam tu,lagilah orang kejar. Tak malu ke tiba-tiba kena tahan dekat airport sebab tak bayar duit PTPTN,mak malu tau nak oi. Bukan kena bayar terus sejumlah besar tu,boleh bayar sikit-sikit apa,slow-slow lagi. Bayar relaks jelah,janji bayar jugak. PTPTN stands for PINJAM TAHU,PULANG TAK NAK. 

6. Mak Ayah dah kaya,reason nie memang best sekali. Siapa cakap macam nie memang antara golongan berlagak dengan duit orang lain,habis mak ayah ko kaya hari nie esok kalau bankrap,ko nak belajar pakai duit siapa? PTPTN jugak. Kalau result gempak,takpela jugak. Nie result buat malu muka mak ayah je,tak payahla sambung belajar,buat perabis duit je.
 
 Bukan nak cakap besar sebab duit pinjaman MARA saya pun belum habis bayar,tapi saya cuba untuk bayar setiap bulan pada masa yang ditetapkan,sebab saya fikir ada lagi orang yang tak bernasib baik,hidup susah tapi kepala otak genius nak sambung belajar dan nak guna duit tu. So,ikhlas saya bayar balik sebab nak tengok seorang lagi anak bangsa kita berjaya. Mana kesedaran sebagai manusia,hamba Allah? Kalau nak cakap hukum hutang dalam Islam,memang pengetahuan saya cetek. Saya cuma boleh nyatakan pandangan saya secara umum sahaja. 

Sekian. Tak puas hati,boleh cari gaduh kat comment box (eh,tak mau la ea).

Saturday, June 9, 2012

So I look in your direction,but you pay me no attention,do you?

Anger,how do you cope with this one? I personally have a really bad massive huge tempered,don't cha messed with me people. If I'm mad,trust me you won't bear to be around me even if you're my family. 
When I was little (ayat nak poyo speaking ongputih je),none of my family members akan got really freaks out kalau saya buat salah sebab they used to it. Yes,saya dibesarkan dengan tiada seorang pun ada hati nak marah si kecil budak comel kalau jentik sikit terus menangis dan pecahkan tv,yes saya pernah pecahkan tv rumah semasa berusia 6 tahun kerana telah dimarah akibat daripada pulang bermain ketika Maghrib (ayat poyo). Lalu dengan tindakan mengejut,saya telah menolak tv terbabit lalu ianya bersepai (enough with the SPM ayat).

Sejak daripada itu,mereka tidak lagi memarahi saya untuk sebarang kesalahan. Semasa umur 14 tahun,saya ponteng tuition class dan kantoi dengan abang saya,lalu balik rumah je terus kena penampar sebiji dengan pipi gebu. Dengan marah nya,saya ambil pisau kat dapur terus tusuk tayar motor dan 2 biji kereta di rumah,haha (gelak kejam). Semua macam tergamam lantas saya membuat muka poyo,berani nak marah lagi lepas nie?

Setelah selesai,mereka tak pernah marah sebaliknya menggunakan pendekatan bercakap dengan nada rendah walaupun tengah marah. Saya mengaku saya memang panas baran,tiada seorang manusia dalam dunia nie yang boleh cool down kemarahan saya melainkan emak saya. Mungkin korang nak bercakap saya seorang yang sangat kurang ajar,saya tak kisah. Kalau saya ambil peduli apa yang orang sekeliling nak cakap,da lama saya kebulur la nampaknya. 

Jangan cari pasal dengan saya,saya boleh maki orang dalam Bahasa Melayu dan English dengan lancarnya,haha. No la,kalau tak buat salah takkan kena maki. Cuma sekarang kena belajar nak control anger because of it's bad for me and my inner self. Like this morning,baru je lepas bergaduh dengan Encik Boyfie tapi macam biasala dia malas nak layan,pantang betul. Berbeza dengan Late Alex,dia tak pernah buat saya marah walau sekali pun,and even kalau saya marah dia akan mengalah dan cakap,I'm sorry tho not his fault pun. Tapi dengan Encik Boyfie,dia mengalah lepas tu buat muka-malas-nak-layan-perempuan-meroyan jadi ambil lah kau layan perasaan sendiri.

Cara untuk redakan kemarahan perempuan ini senang gila la wa cakap lu,BELANJA MAKAN BEST sahaja,amik aku bocorkan tips. Yes,dengan cara itu la Alex selalu redakan kemarahan selalunya belanja ice cream je,he's so sweet what do you expect? How I missed him each time I get mad sebab selalu terfikirkan muka dia yang cuak setiap kali nampak muncung itik saya keluar. He was my loyal friend,really loyal. Okay enough before I cried.

So,ada cara best lagi tak nak redakan kemarahan please let me know.

amal ismail

Tuesday, June 5, 2012

tangga boleh buat orang kurus

Hari nie da masuk 2 hari rumah takde air,imagine perempuan nie mandi kat mana? yes,RNR Setia Alam.. sungguh kesian okay,tak pernah rasa sesusah dan seperit nie kehidupan aku.. And tak pernah mandi kat tempat macam tu okay,sedih dan perit kehidupan ini.. Nampak tak kat situ betapa aku tak pernah hidup susah? dan yang paling tak boleh blah adalah,bukan setakat takde air je tapi lift pun rosak dan jahanam gara-gara mat bangla kat apartment tu suka naik ramai-ramai.. Terus,turun dan naik tangga la jawabnya,kurus kot kejap..


amal ismail

Friday, June 1, 2012

I'm trusting you,don't make me regret it


Wish that I could have this superb body at this moment,because I've gained weight like mad right now. Well blame me because I ate rice almost 2 time per day,so walawei. No one ever wanted anything more than I want this body to be mine. Seriously memang stress when nothing in your wardrobe can fit you anymore and I rarely have much time to go shopping anymore and I keep wearing the same clothes to the office. And the worse part is,I can't fit in my favorite jeans anymore.  

amal ismail