my sweetheart

Wednesday, June 20, 2012

PTPTN issues

PTPTN memang jadi issue besar lately,everybody talks about it like it was the end of the world. Everybody includes my favorite blogger,Hanis Zalikha she is pretty I told ya. Okay,back to PTPTN. Saya bukanlah peminjam PTPTN tegar kerana saya adalah budak MARA tapi kenapa nak mansuhkan PTPTN actually,I don't see this langkah nak mansuhkan adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik. 

Here are my reason (NOTE : my reason not yours) :

1. Saya bukanlah dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya boleh shopping tiap-tiap hari,parents migrates to States boleh pergi class bawa Bentley sebiji ke apa,no I'm not that rich. So pinjaman pelajaran adalah sangat membantu since saya gunakan duit yang diberi PINJAM itu untuk beli buku,makan,duit tambang bas,duit fotostat nota,duit sewa rumah,duit beli makanan untuk satu bulan dan duit topup. So kalau pinjaman PTPTN dimansuhkan,dan saya misalnya bukanlah kaya sangat,macamana nak sambung belajar?

2. Free education. Pinjaman MARA saya RM36,000 untuk 6 semester. So kalau 150 orang pelajar pinjam RM36,000 = RM5,400,000. Pengetahuan umum saya mengenai keadaan ekonomi Malaysia takdela gred A++ cuma saya boleh katakan Malaysia mungkin boleh bagi pendidikan percuma cuma ianya tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. In fact,Hanis Zalikha menyatakan yang Finland bagi pendidikan percuma untuk rakyat jelatanya. Itu Finland,kita Malaysia. Kita belum mampu lagi. Pendidikan dekat sekolah rendah dan menengah free ke? Dulu rasanya bayar yuran sekolah,yuran peperiksaan,yuran PIBG,yuran koperasi la semua tu. Mungkin free pada masa sekarang,tapi rasanya yuran sekolah free tapi lain-lain yuran tak free kan? (called kakak jap nak tanya pasal yuran). Confirm wey,yuran sekolah je free yang lain-lain mak ayah tanggung lagi. Batak semua nak free korang nie kan? Seluar dalam ngan bra nak tak kalau orang bagi free? Mesti malu nak ambil kan,takut ada orang ejek.

3. Mahasiswa yang nak sangat mansuhkan PTPTN sampai sanggup buat bantahan. Boleh saya tahu sebabnya? Apa yang membuatkan korang nak sangat mansuhkan pinjaman tu sebenarnya? Taknak bayar,tak mampu bayar,mengada taknak bayar atau korang memang kacang lupakan kulit,habis madu sepah dibuang? PILIH! Kesian,masa nak pinjam memang lembut habis,cakap baik-baik pijak semut pun mati. Tapi masa nak bayar,bantahan sana sini,buat malu golongan mahasiswa sahaja. Tak tahu diuntung betul perangai macam nie. Nasib saya dah tergolong golongan bekerjaya.

4. Interest tinggi. Kepala otak semua interest tinggi,pinjam bank nak beli kereta dengan rumah tu,interest lagi tinggi la wey sampai 8%? Nie 1% je pun,ia 1% nie baru diwar-warkan tahun nie je pun tahun sebelum nie tinggi tapi melampau sangat alasan taknak bayar pinjaman sebab interest tinggi. Okay,pinjam duit mak ayah lepas nie kalau nak sambung masters sebab PTPTN interest tinggi. Kalau mak ayah tak bagi,pergi buat bantahan duduk,mogok lapar,pukul polis sana sini. Tak pun,tetak je mak ayah,sekarang nie kalau tak puas hati belasah je,jangan bagi muka langsung.

5. Tak rasa malu ke dah pinjam duit orang lepas tu taknak bayar balik? Kalau duit sendiri,RM10 pn berkira kejar sampai mati inikan beratus ribu ringgit macam tu,lagilah orang kejar. Tak malu ke tiba-tiba kena tahan dekat airport sebab tak bayar duit PTPTN,mak malu tau nak oi. Bukan kena bayar terus sejumlah besar tu,boleh bayar sikit-sikit apa,slow-slow lagi. Bayar relaks jelah,janji bayar jugak. PTPTN stands for PINJAM TAHU,PULANG TAK NAK. 

6. Mak Ayah dah kaya,reason nie memang best sekali. Siapa cakap macam nie memang antara golongan berlagak dengan duit orang lain,habis mak ayah ko kaya hari nie esok kalau bankrap,ko nak belajar pakai duit siapa? PTPTN jugak. Kalau result gempak,takpela jugak. Nie result buat malu muka mak ayah je,tak payahla sambung belajar,buat perabis duit je.
 
 Bukan nak cakap besar sebab duit pinjaman MARA saya pun belum habis bayar,tapi saya cuba untuk bayar setiap bulan pada masa yang ditetapkan,sebab saya fikir ada lagi orang yang tak bernasib baik,hidup susah tapi kepala otak genius nak sambung belajar dan nak guna duit tu. So,ikhlas saya bayar balik sebab nak tengok seorang lagi anak bangsa kita berjaya. Mana kesedaran sebagai manusia,hamba Allah? Kalau nak cakap hukum hutang dalam Islam,memang pengetahuan saya cetek. Saya cuma boleh nyatakan pandangan saya secara umum sahaja. 

Sekian. Tak puas hati,boleh cari gaduh kat comment box (eh,tak mau la ea).

2 comments:

Useriez said...

nice entry.. thanks~

amal ismail said...

thank you because reading it :)